Monday 23 December 2013

Mesyuarat Guru Kali Pertama dan Hari Pembayaran Yuran 2014

21 Disember 2013 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Guru kali-1 bagi tahun 2014 dan pendaftaran serta pembayaran yuran bagi murid tahun depan. Guru-guru menunjukkan semangat yang tinggi untuk menghadapi tahun baru dengan azam yang baru.

Pelbagai taklifan diberi kepada ahlinya, orang yang mahir dalam bidang masing-masing. Semoga kalian semua dapat menjalankan amanah ini dengan lebih cemerlang. Selamat datang juga kepada guru baru, Pn Salhah ke sekolah ini.

Selesai mesyuarat, sedikit jamuan buat guru-guru diadakan. Keceriaan tergambar di wajah para sahabat rakan seperjuangan walau taklifan agak berat diberikan. Moga Allah membalas jasa kalian.
 Suasana sekolah yang tenang
Lanskap yang menarik

No comments:

Post a Comment