Wednesday 25 February 2015

SEJARAH SKCMS

SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Cikgu Mior Shaharuddin telah diberi nama baharu pada 10 Mac 2010. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Padang Tenggala dirasmikan pembukaannya pada 15 Ogos 1948. Pertukaran nama sekolah ini telah diluluskan daripada Sekolah Kebangsaan Padang Tenggala kepada Sekolah Kebangsaan Cikgu Mior Shaharuddin.Kelulusan ini tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ),iaitu mengikut peraturan P.U.(A) 534/97,Peraturan-peraturan Pendidikan ( Pendaftaran  Institusi Pendidikan ) 1997. Perubahan nama ini tealah dipersetujui sebulat suara oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini melalui usul Sayed Chek bin Sayed Mohammad dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 30,pada 27 Mac 2009,agar Sekolah Kebangsaan Padang Tenggala ditukarkan kepada nama baharu,iaitu Sekolah Kebangsaan Cikgu Mior Shaharuddin bin Mior Ahmad yang telah berkhidmat selama 20 tahun sebagai guru besar pertama di sekolah ini,iaitu dari tahun 1948 hingga 1968.

No comments:

Post a Comment