Monday 23 December 2013

Mesyuarat Guru Kali Pertama dan Hari Pembayaran Yuran 2014

21 Disember 2013 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Guru kali-1 bagi tahun 2014 dan pendaftaran serta pembayaran yuran bagi murid tahun depan. Guru-guru menunjukkan semangat yang tinggi untuk menghadapi tahun baru dengan azam yang baru.

Pelbagai taklifan diberi kepada ahlinya, orang yang mahir dalam bidang masing-masing. Semoga kalian semua dapat menjalankan amanah ini dengan lebih cemerlang. Selamat datang juga kepada guru baru, Pn Salhah ke sekolah ini.

Selesai mesyuarat, sedikit jamuan buat guru-guru diadakan. Keceriaan tergambar di wajah para sahabat rakan seperjuangan walau taklifan agak berat diberikan. Moga Allah membalas jasa kalian.
 Suasana sekolah yang tenang
Lanskap yang menarik

Saturday 14 December 2013

Selamat Datang ke Blog SKCMS Bota

Mulai Tahun 2014,  Sek Keb Cikgu Mior Shaharuddin akan membuka sebuah blog yang akan memuatkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan di sekolah untuk memberikan gambaran aktiviti kepada ibubapa dan masyarakat setempat.