Thursday 6 February 2014

Merentas Desa Peringkat Sekolah SKCMS 2014

Larian Merentas Desa merupakan acara tahunan yang diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan olahraga. Ia juga diadakan bagi melahirkan murid yang sihat fizikal, cerdas minda dan mementingkan kesihatan melalui bersenam.

Sebagai salah satu program kokurikulum peringkat sekolah, SK Cikgu Mior Shaharuddin telahpun melaksanakan Larian Merentas Desa pada hari Rabu bersamaan 29 Januari 2014. Larian kali ini melibatkan jarak larian 2.5km bagi peserta lelaki dan peserta perempuan.

Kehadiran para pelajar melebihi 900%. Para pelajar bersungguh-sungguh mengambil bahagian bersungguh-sungguh untuk menang dan mewakili sekolah ke peringkat zon pada 8 Februari 2014 nanti.

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 2014

Pada 24 Januari 2014 yang lalu, telah berlangsung satu Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan bagi Sek. Keb. Cikgu Mior Shaharuddin. Ia telah dihadiri oleh lebih kurang 20 orang ibu bapa pelajar. Majlis dimulakan dengan ucapan En. Muhamad Najid B. Abdul Rahman, Guru Besar SK Cikgu Mior Shaharuddin.


 Ucapan dari Tuan Guru Besar

Wednesday 22 January 2014

Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber 2014

Satu Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah diadakan pada 23 Januari 2014 bertempat di Dewan Terbuka @ Cafe SKCMS. Seramai 25 orang murid telah menyertai kursus ini. Kursus ini telah dimulakan dengan ucapan aluan dan kata-kata semangat dari Guru Besar En. Muhamad Najid bin Abdul Rahman.


 Murid khusyuk mendengar taklimat

Sunday 19 January 2014

Murid PERMATA Iktiraf 2014

Antara murid-murid Permata 2014


Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2014

Mesyuarat Kurikulum SKCMS Kali Pertama 2014 telah diadakan pada 16 Januari 2014. Pelbagai perkara mengenai kurikulum sekolah diperbincangkan termasuk analisa UPSR 2013. Semoga kejayaan tahun 2013 berterusan dengan usaha gigih guru-guru.

 Mesyuarat menggunakan teknologi sedia ada di sekolah. Bahan taklimat terpapar di skrin