Monday 20 April 2015

LANTIKAN PENGAWAS 2015

Penyampaian watikah perlantikan Pengawas 2015.. Lantik lama dahh.. Baru bagi vest dan tauliah..


MOTIVASI IPG 2015

Motivasi di IPG Kampus Ipoh pada 14 April 2015. Motivasi disertai oleh 46 murid dari sek kite lee.. berserta 5 orang guru pengiring..


Sunday 1 March 2015

PELAJAR 54 2014...

Assalamualaikum..

Teman lupa nak ngaborkan murid yg Berjaya dapat 5A tahun 2015 ialah Khairul Bazli. Asal Nogori Sembilan. Dah ngafal 6 juzu' Al-Quran. Tahniah dari SKCMS kepada semua guru-guru dan ibubapa yang berusaha. Kemana ye nyambung lajo nyaaa? Apapon selamat maju jaya diucapkan..

Thursday 26 February 2015

Hari KOKUUUUU... 2014 (backdated)

Hari KOKURIKULUM 2014

9 November 2014..

Best.. Boleh buat lagi tahun ni..

Rombongan Ke Kuala Kangsorrrr 2014 (backdated)

Lawatan SKCMS ke Kuala Kangsor tahun lepas.. 13 November 2014.. Maaf le baru Upload gambooorrr...




Wednesday 25 February 2015

SEJARAH SKCMS

SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Cikgu Mior Shaharuddin telah diberi nama baharu pada 10 Mac 2010. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Padang Tenggala dirasmikan pembukaannya pada 15 Ogos 1948. Pertukaran nama sekolah ini telah diluluskan daripada Sekolah Kebangsaan Padang Tenggala kepada Sekolah Kebangsaan Cikgu Mior Shaharuddin.Kelulusan ini tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ),iaitu mengikut peraturan P.U.(A) 534/97,Peraturan-peraturan Pendidikan ( Pendaftaran  Institusi Pendidikan ) 1997. Perubahan nama ini tealah dipersetujui sebulat suara oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini melalui usul Sayed Chek bin Sayed Mohammad dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 30,pada 27 Mac 2009,agar Sekolah Kebangsaan Padang Tenggala ditukarkan kepada nama baharu,iaitu Sekolah Kebangsaan Cikgu Mior Shaharuddin bin Mior Ahmad yang telah berkhidmat selama 20 tahun sebagai guru besar pertama di sekolah ini,iaitu dari tahun 1948 hingga 1968.

Blog Rasmi dah ada.. Ni jadi Blog x rasmi da..

Mulai 2015.. Blog ini akan memaparkan gambar aktiviti sepanjang 2015.. Tiada makluman rasmi akan dibuat.. Blog Rasmi sekolah ialah:

http://sekcms.blogspot.com


Sekian, terima kasih.